Rabu, 16 Mei 2012

DAYANG NURFAIZAH TIDAK MAHU KAHWIN???


“Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat, keinginan untuk berumah tangga memang ada cuma saya belum bersedia dan tidak ada calon pun.” – Dayang Nurfaizah, dipetik dari mStar Online.
 
Itulah kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Dayang Nurfaizah, seorang penyanyi yang memang terkenal dengan lagu-lagu Pop dan R&B. Dalam temubualnya bersama sebuah akhbar online tempatan, Dayang yang bakal menjejak umur 31 tahun ini telah menyuarakan kebimbangannya terhadap kes-kes perceraian yang sentiasa berlaku di kalangan masyarakat.

“Banyak sangat kes-kes perceraian yang berlaku membuatkan saya takut untuk berkahwin.”

Dayang yang tidak kisah dengan usianya yang semakin meningkat mengaku dia belum bersedia untuk memberikan komitmen kepada orang lain (suami).

“Saya tidak sanggup untuk bertolak-ansur dalam banyak hal dan belum bersedia untuk menjaga orang lain (suami) dalam hidup saya. Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab seorang isteri dengan sempurna,” jelas Dayang.




nota bijik: aku suka Dayang ni..sore pun mantap..mak aku kata muka aku ni cam muka Dayang..ermmm korg rs ada x?kahhhhhhhhhhh

7 ulasan:

  1. hahaha... lawak la hang. muka sama mcm dayang plak. ok lah ada la sikit sikit. aku ngaku okey.

    tu ar, rugi woo kalau tak mo kawin. Dia tak tau ka, hari hari manis je kalau kita berumahtangga ni. lagi manis kalau dah bernaka pinak.
    toi tak?

    BalasPadam
  2. 31 dah kak oi.. ko tak bersedia ape lagi?puih laaa!!

    BalasPadam
  3. mcm2 org skrg nih, kawin la lg best kan :P

    BalasPadam
  4. kahhhh....ada la kot tapi hang dayang version pakai spek ngan tudung kot gitu..:P

    dia nie sebaya haku nehh...huhuuu

    BalasPadam
  5. ada sket2 lah iras el ngan dayang tu... heheheh...

    BalasPadam
  6. ehem..ada iras2..el pandai tak nyanyi mcm dayang?..hikk2x..

    BalasPadam
  7. go dayang....u know what is the best for such a talented lady like u...

    BalasPadam