Rabu, 16 Mei 2012

AIDIL ZAFUAN BATAL TUNTUTAN CERAI KE ATAS RITA RUDAINI

 
Rakan media Rotikaya melaporkan prosiding mahkamah di antara Aidil Zafuan & Rita Rudaini telah mencapai jalan penyelesaiannya apabila si suami membatalkan tuntutan penceraian yang difailkan Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor sekitar awal April yang lalu.
 
Pada 30 April, Rita Rudaini telah meminta suaminya supaya memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum diceraikan semasa prosiding di mahkamah yang sama. Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada hari ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Keputusannya, Aidil Zafuan membatalkan tuntutan penceraian ini setelah yakin bahawa isterinya masih mahu mengekalkan perkahwinan serta ingin bersama beliau.
“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” kata Aidil Zafuan.

Selain itu, Aidil Zafuan turut meminta Rita Rudaini agar berpindah ke rumah beliau yang terletak di USJ 1 bersama anak-anak. Beliau memaklumkan bahawa rumah yang disediakan oleh majikan amat selesa untuk diduduki serta sesuai dengan pendapatannya yang diperoleh.



nota bijik: alhamdulilahhhhhhhhh syukur sgt2 aku terharu betul..bgslah kalo kedua2 hendak kembali bersama...sgt2 hepi for both of u...

7 ulasan:

  1. ugh , adakah dia sengaja berbuat begitu untuk menjadi glamourrr? -.-'

    BalasPadam
  2. salam... syukurlah jodoh mereka masih panjang. di harapkan kedua-dua mereka dapat melayari bahtera bersama anak-anak dengan aman damai selepas ini. Semuanya sudah tersurat.Diharapkan keluarga kedua-dua belah pihak dapat 'settle'kan sebarang pertelingkahan bukan memberi batu api sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Berubahlah ke arah cara hidup Islam yang lebih berkat. Insya Allah. Dalam hal rumahtangga,asam garam tu biasalah...wslm...

    BalasPadam
  3. ape la ... kono budak 2 ekor ni :P

    BalasPadam
  4. xde cerai?
    baguslah...harap hubungan berkekalan

    BalasPadam
  5. alhamdulillah... sangat2 gembira sbb mereka bersatu kembali sbg sebuah keluarga.

    BalasPadam
  6. kesah dema nih bila thn ya nk sattle... :P
    pa2 pon alhamdulillah la x jd, mencik haku klau dgr bab2 nih...

    BalasPadam
  7. semuga merteka membuat keputusan yg bijak demi masa depan mereka & anak2..hukk2x..

    BalasPadam