Khamis, 17 Mei 2012

ADY PUTRA FAILKAN PENCERAIAN!!


Bukan kerana orang ketiga atau tiada anak, sebaliknya sebab penceraian ini berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar saya ceritakan kerana enggan mengaibkan orang lain,” jelas Ady Putra yang sudah pun menfailkan penceraian mereka kepada Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ady Putra yang baru sahaja pulang menunaikan umrah pada 8 Mei baru-baru ini tidak menjangka bahawa penceraian akan berlaku juga setelah 7 tahun mempertahankan perkahwinan ini bersama bekas isteri, Aida Yusof.

“Ikutkan saya memang tak mahu berkongsi cerita ini lagi. Tapi saya sedar lambat laun ia pasti akan diperkatakan. Saya juga tak mampu membohongi diri apabila diajukan soalan apakah doa yang dipohon sepanjang di Makkah. Malah hingga saat ini, saya dapat tahu sudah ada pihak yang sudah mula menghidu,” ujar Ady Putra melalui kenyataan yang dipetik daripada Berita Harian.

Walau bagaimanapun, pelakon KL Gangster ini menegaskan bahawa keputusan untuk berpisah ini dibuat secara baik setelah jalan penyelesaiannya menemui jalan buntu.


nota bijik: ya Allah...my kekasih gelap nak bercerai????ermm suka kt nora danish ke akibat tgk pic nora yg sexy tu ekekeke
arrghhh x thn la tgk pic Ady kat atas tu wat jantung guwe jatuh 84x kahkahkahhh..kacak sggh lalalalala

apa2 keputusan harap dua2 belah pihak redha  ok...all the best for both of u?kalo boleh kekal kalo xde jodoh..ermmmmm...

4 ulasan:

  1. aku la kalau laki aku, tak mo bagi jadi retis. bior le tak hensem pun janji ai yang punya.

    BalasPadam
  2. kalau ady putra ni ku punya akan ku pastikan ianya tersimpan elok dalam lemari.nak pakai baru bawak keluar.sudah pakai simpan kembali.. kakakakkaka ayat gatai tak menahan

    BalasPadam
  3. asal abg ady buat begitu donn...kita mmg xde jodoh bersama..terima la hakikat itu banggg..ahahaha..merapu je nyue nie !

    BalasPadam
  4. ehem..nampak bahagia..tapi didalam siapa yg tahu?..hu2x..buatlah keputusan yg bijak..huk2x..

    BalasPadam