Rabu, 1 Februari 2012

VANILLA COKLAT

mulanya aku x folow sgt cite Vanilla Coklat setiap hari Selasa jam 9malam di TV3
ni..tp sejak dua menjak since kapel week ago..seronok lak layan cite ni...best tgk budak 2
(Izara Aishah ngan Aiman mentor) tu..
kdg2 tu deme pun nk tergelak dgn lakonan bersahaja derang tu...love this kapel..

dulu aku mmg x suka si Aiman mentor tu..mmg out lah dia nyanyi...mcm tu dr mula2 smpi nak ke semi final...sore mendatar jek..juri2 tu suh lontarkan sore..bkk mulut besar2..xde dia fedulik..lantak dia lah nyanyi mendatar..gamaknya dia hensem kot so lantak le sore cam hape..janji ada org vote for him coz dia ensem and jambu..kahkahkahkahhh

tp dlm lakonan dia dlm Vanilla Coklat ni sgt2 menarik hati aku nk tonton tuk epi seterusnya
lakonan dia sgt2 cumel dan santai...rsnye dia mmg ada bakat lakonan dr nyanyi kot
kalo scene romantik ngan Izara tu mmg kiut sgt..smpi derang pun rs nak gelak

Izara Aishah plak mmg dulu suka ngan lakonan dia..
aku lebih suka Izara dr Neelofa..rs Izara lg cantek dr Neelofa...:)


Sinopsis Vanilla Coklat


Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat

12 ulasan:

  1. Au x tgk pon beb, aku baca hang nye sinopsis je lah... Aci x....keh3x

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. aku pun suka couple ni kiut ajer nak2 time gado2 manja tu hehe

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Izara mmg cantek kn..
    Suka tgk dia lama2..
    Pandang x jemu.. ;)

    BalasPadam
  6. hahaha.. hang ni el memang kaki tengok citer sambung sambung le. Aku ? sorry le non ado masa. TB tu pun tak sempat aku nk jeling jeling.
    kahhhhhhhhhhhh..... ayat tak hengat

    aku sokong ngan hang. Neelofa tu tak cantik mane pong. mungkin sebab org dok naikkan nama dia. apa product dia dah hasilkan? berlakon Filem!

    pengacara tu ada la aku nampak seketul dua. MUAHAHAHAHA...

    BalasPadam
  7. nape kejap komen jd biasa kejap disquss..x fhm teman..apepun terima kasih sbb ssh2 je nak bg komen..lap uolz :)

    BalasPadam
  8. Hik3!!
    Awok memang jati anak PeyRock!!n {bak kata eB}
    Walaupun awok lahir kat KL..
    Tp besor kay PeyRock!!
    Sekolah sini..
    Keje pun dpt kat sini..
    Laki pun org sini..
    Mak awok orang PARIS @ PARIT yey!!
    Aboh awok orang N9.. {dia sorang orang luor.. ;)}
    Membesar kay PeyRok duk EyPoh memang x keluar2 dr sini {x berkembang langsung ;p}
    Dah kawin laki plak dr Rawang pindah keje kat sini semua sbb masalah penyakit awok tu ler yg btkan awok x leh nak pindah randah..
    Jadi memang duk sini je ler jawabnya..
    Huh!! Complete cite awok ni yer..
    Hu3!!!! Ni le jadinya bila AWOK & MIKE bertemu.. ;p
    Kedai kat lembah tu yg kedai corner sebelah dengan Arena Kuala Kangsar yg selalu buat jualan2 tu..
    Dia menghadap Sg Perak..
    Suka mkn kat situ.. Bleh dikatan tiap bln wajib p..
    Tempoyak dia pekat.. ;)
    Memang mabeles!!
    Dia bnyk bakor ikan sungai..

    BalasPadam
  9. x pernah dpt tgk dikk
    x sempat sokmooooo huhuh

    BalasPadam
  10. Izara tu mmg cantik but malangnya drama ni tak pernah mak tgk. HUhuhu..manjang je ngantuk awai!

    BalasPadam
  11. mama pun layan citer ni..ehem cantik izara n aiman pun ensem..hikk2x..

    BalasPadam