Khamis, 23 Februari 2012

Gambar Lisa Surihani dan Yusry Sah Sebagai Suami Isteri

lawooonye lisaaa
Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.
Majlis dimulakan tepat pada pukul 9:05 malam dengan upacara membalas pantun mengikut adat resam orang Melayu lama. Lisa Surihani tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.




9 dulang hantaran telah diberi oleh pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki manakala pihak pengantin lelaki membalas dengan memberi 7 dulang hantaran yang mana semua hantaran perempuan telah digubah sepenuhnya oleh COSRY dengan kerjasama Eliza Elies Wedding. 9 dulang daripada pihak perempuan berupa tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone. 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa tepak sirih, sebentuk cincin, mas kahwin berupa seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila. Bagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.




Majlis akad nikah yang diuruskan oleh DZMS Events ini tampak meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage yang bertemakan “Winter Garden”.
Hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.
Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi selesai diadakan. Yusry dan Lisa Surihani berharap para peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.


lagi foto di sumber
nota bijik: xsng duduk kt umah..kejap2 ngadap tv..kejap2 kt dapur...kejap2 bilik ayor psg kuat2 kut2 terlepas tgk kat astro...

7 ulasan:

  1. comey nye si lisa nie...

    tb bape beb, aku lupa lak dia kawin mlm ni... huhuhu

    BalasPadam
  2. nmpak seri d wajah lisa tu... moga jdoh mrk kekal hingga ke akhirat,,amin

    BalasPadam
  3. ada siaran langsung kt astro smlm eh?
    pkl 9 aku dah mengeram dlm bilik nok...hahaha!!

    BalasPadam
  4. Alaaa tak sempat tgkla. Dress dia lawaaanyaaa :O

    BalasPadam
  5. lisa memang cantik..bertuah yusry..ehem bestnya gi honeymoon ke eropah.. :)

    BalasPadam
  6. SHARIFAH NOR NAWWARAH BALQIS2 Julai 2012 11:40 PTG

    taNIAH.

    BalasPadam