Khamis, 23 Februari 2012

Gambar Lisa dan Yusry Sebelum Bernikah


Setelah hampir lebih setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka dengan ikatan yang lebih sempurna.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini, telah memilih tarikh 23 Februari 2012, sebagai hari bersejarah untuk mereka melangsungkan majlis pernikahan di Hotel Marriot Putrajaya selepas waktu Maghrib.

Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan menyusuli secara serentak pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam majlis yang bakal dihadiri ahli keluarga, para tetamu kenamaan, rakan-rakan media dan selebriti tempatan.

Bersempena dengan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang ditunggu-tunggu ini, Astro dengan bangganya membawa sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin, hanya di Astro Ria.


Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.

Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta  kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.


Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua?

Antara kenalan mereka yang akan ditemubual  dalam dokumentari ini ialah seperti kedua beradik Yusry Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibubapa termasuk temubual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang serta temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay & Erra Fazira.

 
Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di episod pertama dalam dokumentari ini.

Di Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.

Antara paparan  menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.


Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104 pada 25 Februari dan 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam.

nota bijik: x sabau nk nengok Lisa pki baju pengantin

12 ulasan:

  1. sweet couple nie...

    akak el...suka sape...lisa or yusri??
    pilih ant satu..he3

    BalasPadam
  2. Aduhai!!
    Sejuk mata hati ni nengok senyuman si Lisa ni..
    Muka dia ni natural beauty x yah make up over2 pon dah mmg cantek..
    Ni kalo muka baru bgn tido ni sure seksi.. ;p
    Muahahahahhaaaa!!

    BalasPadam
  3. Cantik si Lisa ni, bertuah yusri... Hehehe

    BalasPadam
  4. comel la this cute couple...mesti glam kawen depa ni....

    BalasPadam
  5. Alahai semoga berkekalan sampai syurga la hendaknya

    BalasPadam
  6. suka both of them.. moga kekal hingga ke akhir hayat

    BalasPadam
  7. dari kaca mata aku le. aku nampak yang dak yusri ni malu malu je bila bergambar. lagi dia wat mlu malu lagi nampak dianya romantis tu. muahahahaha....

    bagus la kan. tak over pown bila bergambar. bila dah sah nanti nak hover hover pun tak per ar...

    BalasPadam
  8. moga mereka akan terus berbahagia hingga akhirnya

    BalasPadam
  9. yusry pandai pilih bini sumer yang glemor ngan cecantik jerk..harap berkekalan lah ngan lisa neh...dan bahagia perkahwinan kali nehh..

    BalasPadam
  10. ehem..tak sabar mama nak tgk baju pengantin lisa..mesti cantik..

    BalasPadam