Selasa, 13 Disember 2011

SILA PERIKSA DAPUR GAS DAN GETAH PAIP DAPUR ANDA!!!!

Smlm balik dr dinner kt luo..smpi je kt umah terus mil kata yg anak maksu mah msok spital sbb terbakar dek kerana dapur gas..huhuhuhu ngeri aku dgor...dgor kata keadaannya agak kritikal...en. od ngan mil yg pergi..aku ngan anak2 tggl je kt umah..

Dpt sms dr en. od katanya kak ana (sepupu en. od tu) sgt2 kritikal. Allahuakbar..


Tu psl korg jgn main2 ngan dapur gas ni..kita yg byk abiskan ms di dapur hendaklah sentiasa semak kepala gas dan paip getah dapur tu masih elok atau tidak. Jgn lalai dan bertahun2 x dituko. Bahaya. Itulah satu sebab yg kebykan terjadi rumah terbakar.


Ritu mil dah berkali2 suh kami tuko paip getah dapur gas tu..dah terok sgt2..dah x serupa getah paip..tp amek ms yg lama nk tuko..tu pun jenuh aku JERIT PEKIK kt en. od..kata..NANTI SAYA MMPUIH BARU AWAK NAK TUKO KE? Lg pun b4 tu ada juga org dtg umah cek dapur tu..dan suh tuko getah paip tu..huhuhu


Menurut sumber: -


Tong gas memasak yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi. Gas asli cecair itu lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan permis perniagaan.


Gas itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa-sisa gas berkenaan.


Insiden letupan gas memasak tidak boleh dipandang ringan kerana berjuta-juta rumah di Malaysia masih mengunakan bahan bakar itu setiap hari.

W/pun dapur elektrik atau dapur solar lebih selamat, kos untuk membeli sebuah tong gas adalah lebih murah.


Harga setong gas memasak 14kg ialah RM27 (dulu skit pya murahkan belas2 ringgit jek)


PUNCA KEBOCORAN GAS MEMASAK DIRUMAH SELALUNYA DISEBABKAN OLEH:


1) KEPALA GAS DIPASANG DENGAN CARA YANG SALAH

2) PAIP GETAH DAPUR GAS BOCOR DIGIGIT HAIWAN PEROSAK SEPERTI TIKUS

3) GETAH PAIP TIDAK DIGANTI SETELAH SEKIAN LAMA

4) GAS DAPUR TIDAK DITUTUP SETELAH DIMASAK DENGAN BAIK


N3 ini adalah untuk peringatan pada semua supaya lebih berhati2...korg cek2 lah kepala n getah paip dapur korg2 tu kot2 kena tuko ke ape ke. Jgn nasi sudah menjadi bubur baru nak tuko ok.



Nota bijik: al-fatihah pada kak ana (sepupu kpd en. od) telah pergi kerahmatullah sebentar tadi. Beliau melecur seluruh angota badan akibat dapur gas meletup. Turut terkena 2 org anak beliau yg sama melecur separuh daripada angota badan.