Isnin, 5 Disember 2011

Resepi Asam Pedas Liza Hanim

assalamulaikum n slm hari isnin yg sgt2 blues...hahahaha
keje ke korg..sian nok..padan muka...den tgh rambu ramba di rumah bersama2 en. somi n anak2..kehkehkehkeh
baru lepas masak makanan tenghari
rini ada 3 menu yg boleh mengancam jiwa jugak lah hahaha

asam pedas liza hanim

tempe goreng ngan kacang panjang

masak lemak pucuk suun wif kentang

Resepi Asam Pedas Liza Hanim

Sebarang jenis ikan

Bwg besar
Bwg putih
Kunyit Hidup
Belacan
Serbuk Lada Hitam
Cili kering
(Semua diblend)

Daun senohom
Bunga Kantan
Air Asam Jawa
Bendi
Buah Tamato
Garam
Gula

Cara:-

Tumis bahan yg diblend smpi naik minyak. Masokan air asam jawa. Kacau gaul. Masokan ikan dan bendi. Masak smpi ikan separuh msk baru msokan daun senohom, bunga kantan dan buah tamato. Last masokan garam dan gula. Siap!!

Kuah asam pedas ni sgt pekat boleh dicicah ngan roti..cucuq ikan bilis..lempeng dan sebagainya hehehe

Selamat Mencuba