Selasa, 26 Julai 2011

PROTON SAGA FLX






Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini melancarkan generasi terbaru Saga, dikenali dengan nama Saga FLX bagi meneruskan kejayaan model terdahulu Saga FL yang dilancarkan pada penghujung tahun lepas. Selepas tiga tahun pengenalan Saga generasi terbaru, penampilan Saga FLX kali ini lebih menarik apabila tampil dengan sentuhan terbaru teknologi terkini transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT – continuously variable transmission), menjadikan pemanduan lebih lancar serta memberikan prestasi keseluruhan lebih cekap.

Didatangkan dalam dua varian Standard dan Executive, Proton Saga FLX dilengkapi enjin bersesaran 1.3 liter CamPro IAFM, 4-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. Berbanding Saga FL, kuasa kuda enjin kini terhasil pada angka putaran rpm lebih rendah, iaitu 5,750rpm berbanding 6,000rpm. Tahap penggunaan petrol Saga FLX bagi setiap 100 km juga menjadi lebih cekap apabila dicatatkan 5.7 liter (manual 5-kelajuan) berbanding 6.0 liter untuk Saga FL, dan 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan) berbanding 6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT sebelum ini.

Menurut hasil ujian yang dijalankan oleh Proton, tahap penjimatan petrol boleh mencapai sehingga 4 peratus untuk perjalanan di dalam bandar dan hampir 10 peratus untuk pemanduan di lebuh raya. Selain pengenalan sistem CVT, Saga FLX Executive juga tampil dengan ciri keselamatan lebih baik seperti Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB), selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang depan. Namun untuk varian asas Saga FLX Standard, model itu tidak dilengkapi ketiga-tiga ciri keselamatan tersebut.

Kelengkapan dan ciri-ciri standard lain tidak jauh berbeza antara Saga FLX dan generasi FL terdahulu, namun FLX didatangkan dengan warna baru Elegant Brown (coklat elegant) yang lebih menyerlah. Warna lain turut ditawarkan seperti Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock. Harga untuk Saga FLX masih lagi kekal rendah dan kompetetif walaupun ditawarkan bersama sistem CVT dengan tambahan harga antara RM600.00 dan RM1700.00, bermula dari RM41,598.00 (CVT Standard) dan RM44,998.00 (CVT Executive). Varian manual Standard berharga RM38,598.00, manakala varian manual Executive berharga RM42,398.00.

Tempahan untuk model berkenaan sudah boleh dibuat di semua bilik pameran Proton Edar Sdn Bhd dan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) di seluruh negara bermula hari ini. Anda boleh dapatkan lebih banyak info di sini SINI

kedit info Arena Kereta