Isnin, 7 Mac 2011

Kaki Bengkak Ketika Hamil


Bengkak pada kaki biasanya membuatkan ibu berasa kurang selesa. Bengkak ini juga mungkin mengakibatkan ibu terpaksa menukar kasut. Ketahui kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengurangkannya... Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?

Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.
Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:
  • Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
  • Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
  • Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
  • Rendam kaki dalam air sejuk.
  • Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
  • Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
  • Minum air secukupnya.
  • Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
  • Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
  • Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan
  • Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
kali ni npk kaki aku bengkak awal..mayb byk buat keje kot..ntahlah harap2 xde pape lah eh