Jumaat, 1 Oktober 2010

KONVOI 136 ULAT BULU



South Africa Isnin 6 September 2010:

Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki
membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu
memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada
ulat-ulat tersebut.

Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain dalam perjalanan dari
melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam periistiwa aneh
itu. Ulat-ulat bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke
belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong
sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka
daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati-hati dan bersopan di jalan raya
dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini". SubhanAllah.