Isnin, 28 Jun 2010

Kemalangan Yg Menyayat Hati

Salam,
Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30pm di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari Thailand. Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun MEDIC ASKAR "berkeliaran" didalam kem tentera tersebut. Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk
datang ketempat kejadian, tetapi dihalang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih kurang 20 minit ditempat kemalangan, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak bersolat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan.

Kita tak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia, bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering,....kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.

Saya rasa, kalaulah begini layanan/diskriminasi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa

dalam dunia sekarang ni susahlah nak kata.....perikemanusiaan memanglah dah HILANG...
dah lebih kepada perikehaiwanan....Org M'sia ker Thailand ker.....kita kan manusia!!!! Sedih bila tgk ATM kita mcm nie punya perangai!!!! !

Tapi yg ramai ramai tu tgk aje ker??? Tak de siapa yg ada kereta bawa org tu g clinic or hospital???


nota bijik: copy paste dr email..kesian betul org tu..smpi kering darah x smpi2 bantuan..org keliling wat dek jek bengong xde akai..lagu tu ka manusia weiiii..tp org yg amek gambar tu pun sm 2x5 adoiyaiiii....(@&$&^@)HHS(&#^#_#