Khamis, 23 Oktober 2014

HARTA PINJAMAN DUNIA AKHIRAT


Alhamdulilah..harta pinjaman dunia akhirat
Bila tgk diorg ni membesar
Sebak rasanya..yelahhh dari dalam perut smpai dah besar mcm ni kan
Grow up well sayang..enjoy ur life
Mama doakan anak2 mama menjadi anak yang soleh, baik..good future..dan taat pada Dia Love uols so much 

Ahmad Danish Zikry 2007
Nur Arwen Dafina 2009
Nur Alana Delisha 2011
Nur Ariqa Dayana 2014 (terlajak 3taun) ekeke


Selasa, 21 Oktober 2014

HEPI 4MO ARIQA

hepi 4mo ariqa!!!!
jgn besar cepat sgt
nti mama rindu ariqa time baby2 ni hehe
we luv u so much sayang




Jumaat, 17 Oktober 2014

SELAMAT PAGI!BREAKFAST ROTI BAKAR TELUR SETENGAH MASAK


Selamat pagiiiiiii semoga hari ini lebih baik dari semalam
Semoga kita semua mendapat keberkatan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat amin :)

Tadi pagi iols sempat masak roti bakar ngan telur setengah masakk..sedap angattt..lama x mkn..dulu kapel sllu mkn kat kedai mamak..skun dah xde ms nak lepak2 kt kedai mamak huhu


 Ni kejadian pagi tadi


and dis one is my wajib morning view hehe


kbai


Rabu, 15 Oktober 2014

RESEPI MEE KETAM

kt penang ni ada satu gerai kat area pantai seagate tu jual mee ketamlah mee udang lah nasi goreng udanglah nasi goreng ketam lah semua harga RM5..ada kwn2 dah mencuba tapi
weols nk pi pun xde masa..bukannya jauh sgt..tp tulah weols laki bini ni keje masa xsama

so teringin sgt nk mkn mee ketam kat situ..iols pun try test masak mee ketam smlm as our dinner ngeh3x

pagi semalam b4 g keje..rempit kejap beli ketam 3 ekor RM15 

lain2 bahan semua dah ada stok ok dah jimat disitu hehe

Resepi Mee Ketam (tuk 3ekor)

Bahan-bahan:

3 ekor ketam (dibasuh dan diperap sekejap ngan air perahan limau) Kemudian rebus sekejap dan toskan. Air rebusan tadi jangan dibuang.

Mee dibasuh dan dicelur sekejap toskan (ketepikan)

Sawi
Karot (dipotong nipis n pjg2)
1 kiub ayam
2 biji telur
3sudu besar sos cili
3sudu besar sos tomato
2sudu besar kicap (el pakai kicap kipas udang je)
3sudu besar tomato sup
Garam

Bahan untuk dikisar
1bwg besar
3ulas bwg putih
3btg cili merah

(bahan2 ni iols main agak2 jelah..lau nak try uols pun agak2lah rasa dia nti hehe)


Cara:
Tumis bahan yg diblend sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, kicap dan tomato sup. Masak sekejap. Kemudian masukkan air rebusan ketam dan kiub ayam. Kuah sudah mendidih masukkan sawi dan karot. Agak2 dlm 5minit gitu masukkan ketam tadi n garam. Agak2 rasa dah cukup..pecahkan telur then gaul rata..tutup api. 

Boleh dituangkan ke dalam mee. Taburkan sedikit hirisan bwg goreng dan daun bwg/sup



 Kejadian semalam..mengoda tak ngeh3x


So ape lagi uols trylah test masak mee ketam pulak..rasanya sedap nyum3x
Resepi ni boleh try tuk masak Mee Udang plak






Selasa, 14 Oktober 2014

NUFFNANG ADA MASALAH TEKNIKAL KAN TAPIII

ok ok semua maklum skun ni nuffnang ada masalah teknikal
sbb tu rmai yg dpt CPUV yg bertingkek2..el tau pun sbb dpt komen dr blogger yg lain

so el sj lah check akaun tgk..kot2 dah ok...sekali!!!!!
aikkk lagi byk npk..skun dok running semua total 22!!!! 

yg heran tu CPUV yg bertindih2 tu pun dpt RM..tu kira gak ke nantiiiiiiiiiiiiiiiii hehe

ermmm ni nak percaya ke xnak ni hahaha


xpelah biorlah ada masalah ke xde
janji masyukkkk
rezeki jangan ditolak..masalah jgn dicari 

kbai




Sabtu, 11 Oktober 2014

KARI KETAM NENAS TUMIS DARAT

sejak ada baby kecik ni
semua masak awal2 seawal pas subuh
last baby nyusu pg tu terus berzumba masak ok
sbb nti siang boleh rehat or wat keje lain pulak

so pagi td kul 4 lebih gitu ariqa ajok sembang
mayb dia masih selsema n hidung tersumbat n batuk lagi
so pg tu dia xdelah merengek2 cuma npk dia dah mula nak sembang

last2 mama suh dia sembang ngan tv..mama curik2 masak kat dapur
tgh2 masak tu ariqa galak sgt sembang..igtkan dia ngis hahahaha
rupanya tengah ngekek sorg2 haha



dan inilah kejadian terhasil ekekeke

kari ketam nenas tumis darat

ok ok yg bhn2 tu semua iols dah siap2 mlm2..letak lam peti ais..cuma pagi tadi masak je...gigih x iols..gigih sgt kan

Menu ni org utara mmg sukalah..iols pun tau menu ni pas kawin..mil sllu masak tumis2 darat ni..sllu masak tumis darat pisanglah..udanglah..ketamlah..lobak putihlah..mil masak sedap sgt..:) 

  
ni pulak masak bucuk masam haha..ajok sembang pagi2 adoyaiii..nasib pas masak terus tido

Resepi Kari Ketam Nenas Tumis Darat

Bahan-bahannya:
5 ekor ketam merah (anggaran 11/2 kilo) – seekor dikerat dua
Nanas masak dikupas, dan dipotong nipis 1/4 bahagian daripada sebiji nanas
11/2  cawan santan pekat + 3 cawan air
1 keping asam gelugor
4 – 5 biji tomato kecil (baby tomato) dibelah dua
2 biji cili hijau – dibelah di tengah tetapi tidak putus
1 batang serai - dititik
Garam dan gula perang secukup rasa


Bahan-bahan Pes (disatukan di dalam blender basah dan dikisar halus):
5 sudu besar rempah kari ikan & udang pedas BABAS
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya


Bahan-bahan Tumis Darat:
1 sudu besar jintan manis
4 biji bawang merah (kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai daun kari
1 inci halia – dihiris mancis
Minyak secukupnya


Cara-cara Membuatnya:
1. Buang kulit ketam dan kerat hujung kaki-kaki kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti.  Gaul dengan beberapa biji limau kasturi dan garam dan perapkan selama 1 minit. Kemudian dibasuh bersih dan toskan.

2. Masukkan ketam, pes rempah, dan serai di dalam periuk. Tambahkan air secukupnya (anggaran) dan masak sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan nanas dan santan. Masukkan garam, gula, dan asam gelugor dan kacau rata. Biarkan kuah mendidih di atas dapur atau hingga ketam masak. Rasa dan jika ok boleh tutup api. Masukkan buah tomato dan cili hijau. Ketepikan.


Cara Tumis Darat:
Panaskan minyak (anggaran 1 senduk nasi) di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumis darat sehingga kekuningan dan naik bau. Semasa bahan-bahan tumis masih panas tuangkannya di dalam periuk ketam tadi, dan tutup periuk untuk mengelakkan hilangnya aroma wangi tumisan.




Jumaat, 10 Oktober 2014

CEPAT SEMBUH OK!

 
semoga cepat sembuh sayang bucuk mama
sian dia dah 3 hari selsema 
batuk pun ada skit
so tido pun terganggu lah..xselesa hidung tu
mama pun sekali x leh tido jaga baby (pengorbanan)
kerap sgt selsema sbb jangkit ngan kakak2 dia..kakak2 dia sllu sgt cium budak busuk tu
tu yg terkena sekali


mmg xmau g klinik sbb baby bwh umur 6bln mcm ariqa ni mana boleh mkn ubat
dia akan baik sendiri..tp smlm bs call kata..ariqa menangis je..n mnm susu pun kurang
so iols amek halfday leave nk bw g checkup sat
doc cakap xde apa2..paru2 pun ok..lau nak tau dia sesak napas..tgk kat bahagian dada n belakang dia ada tekanan tak ms dia bernafas
bila tya tu bunyi srott srott tu doc
doc kata..itu bunyi dr hidung dia
alhamdulilah semua ok tapi doc bg gak ubat batuk/kahak
n spare ubat demam

sian kan kecik2 dh mkn ubat 

selalu lau anak2 iols selsema 
iols sapu vicks kat bahagian ubun2, dada, belakang badan dan kedua tapak kaki then pakaikan stokin..malam2 pun iols sapu gak..insyallah cepat baik..selesa skit dia nafas..jangan letak kat bwh hidung sudah

selain itu juga..iols jugak ada sapu bwg putih (dibakar) + minyak zaitun kat kedua belah tapak kaki dan bahagian dada 


bila x sihat..kuranglah nak sembang2..nak ngekek2..gelak2

pg ni ms hantar dia kat pengasuh..npk ok je..hopefully dah baiklah..xsmpai hati lak nak tgglkan dia tadi..yelah ngan mama el je dia nak pun